Teknik Affiliate Jana Komisen USD Mudah

By Kitblogmas Friday, May 1, 2020
Baru-baru ini saya mendapat email promosi berkaitan dengan buat duit dengan AffiliateXusd. Saya membuka link yang diberikan dan membaca ayat demi ayat sehingga habis. Penerangan tentang produk sangat menarik tapi tidak ambil ambil kesempatan untuk mendapatkannya malah rasa tawar hati.

Tidak dapat dinafikan bahawa buat duit dengan affiliate merupakan salah satu sumber pendapatan pasif. Tidak keterlaluan jika saya katakan ada masanya pendapatan dengan program affiliate lebih tinggi berbanding gaji seorang pekerja tertentu cuma pendapatan melalui program affiliate ini tidak tetap, ada pasang dan surutnya. Sebab itulah buat duit dengan affiliate ini hanya sebagai pendapatan sampingan. Pengalaman saya buat duit dengan affiliate, ia tidak pernah mengecewakan.

Masa PKP merupakan masa terbaik membuat duit dengan affiliate. Mengapa? Pada masa ini ramai yang terputus pendapatan dan memerlukan duit untuk membeli keperluan. Selain itu, pada masa ini anda tidak ke mana-mana dan banyak masa melakukan penerokaan dan promosi. Masa PKP ni takkan duduk diam dalam rumah saja kan. Buat sesuatu yang dapat membantu mengisi dompet.

Berbalik kepada produk yang saya maksudkan iaitu AffiliateXusd, saya agak kecewa apabila mendapati panduan ini adalah panduan buat affiliate dengan produk Mat Salleh. Bukan saya benci dengan Mat Salleh tapi terus terang saya katakan english saya tidak seberapa jadi saya kurang berminat untuk mendapatkan panduan affiliate untuk mempromosi produk Mat Salleh. Dalam fikiran saya, penulis AffiliateXusd berjaya sebab beliau fasih berbahasa inggeris. Bagaimana saya mempromosi produk yang bahasanya saya tidak faham?

Saya sebenarnya sudah lama menyertai program affiliate yang dimaksudkan iaitu JVZoo, sekitar 8 tahun yang lepas tetapi tidak pernah berjaya. Jika pernah mendapat komisyen pun kerana pemilik sudah menyediakan bahan promosi seperti video, tinggal upload di youtube.

Sebelum ini saya pernah mendapatkan panduan buat duit dengan clickbank dan panduan itu cukup bagus cuma ia memerlukan seseorang boleh mengayat dalam bahasa Inggeris. Jika kurang penguasaan, jangan harap dapat bersaing dengan pesaing. Walaupun berjaya mendapat komisyen dengan clickbank tetapi tidak sebanyak menjana affiliate tempatan. Sehingga kini saya masih buat duit dengan clickbank.

Email follow up kedua daripada penulis AffiliateXusd, terdetik hati saya membalas email beliau. Saya bertanya sama ada panduan itu sesuai untuk saya yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Saya sudah 8 tahun cuba mempromosi produk di JVZoo pun tidak pernah tembus. Memohon approval menjadi agen affiliate untuk produk tertentu sahaja pun susah.
Selepas beberapa hari kemudian penulis AffiliateXusd membalas email saya. Beliau memberi jaminan boleh buat duit walaupun tidak fasih bahasa Inggeris kerana 99% daripada info buat duit dengan affiliate usd adalah copy paste sahaja.

Ia merupakan berita gembira buat saya. Inilah rahmat PKP, peluang buat duit dengan USD. Buat mereka yang menjana pendapatan sampingan dengan affiliate, anda boleh menarik nafas lega dan boleh memikirkan secara positif untuk mendapatkan AffiliateXUSD.

Penulis AffiliateXUSD yang saya maksudkan ialah saudara Rashvin. Jika maklumat ini kurang jelas, anda boleh email beliau sendiri tentang produk beliau bagi mendapatkan informasi selanjutnya.

Apa itu Panduan AffiliateXusd?

AffiliateXusd ialah panduan strategi affiliate marketing yang saudara Rashvin gunakan setiap hari untuk jana komisen serendah $140.75.

Dalam panduan ini beliau akan diajar mengenai:
  • Cara cari produk HOT di market international
  • Cara apply jadi affiliate
  • Teknik networking dengan produk vendor
  • Cara dapat akses ke produk tanpa beli untuk test
  • Teknik setup page duit anda
  • Teknik hijack trafik pembeli tanpa perlu ada list
Dapatkan AffiliateXusd sebelum ia dinaikkan harga kerana harga produk ini akan dinaikkan dari semasa ke semasa mengikut jumlah jualan.


Post Tags:

Rahsiacyber

Rahsiacyber berusaha menyampaikan maklumat yang terbaik menjana pendapatan melalui program affiliate. Jangan lupa langgan kemaskini blog terus ke email anda.

No Comment to " Teknik Affiliate Jana Komisen USD Mudah "